Friday 9 March 2012

Bertarannum

Amazing azan discovery 

  

 

Azan dan Iqamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)
Bidang-bidang
Kotak ini: papar  bincang  sunting
Bahasa Arab
أَذَان
Transliterasi
azan
Terjemahan
panggilan sembahyang
Azan (أَذَان) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.

Isi kandungan

 [sorokkan

[sunting] Latar belakang

Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

[sunting] Hukum

Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.

[sunting] Dalil

Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)
Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

[sunting] Sejarah

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

[sunting] Adab dan Tertib Azan dan Iqamat

Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid hanya sekali sahaja.
Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
4x الله اكبر Allah u Akbar Allah Maha Besar
2x اشهد ان لا اله الا الله Ash-hadu allā ilāha illallāh Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2x اشهد ان محمدا رسول الله Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2x حي على الصلاة Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat
2x حي على الفلاح Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan
2x الصلاة خير من النوم Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm Solat itu lebih baik dari tidur*
2x الله اكبر Allāhu akbar Allah Maha Besar
1x لا اله الا الله Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah
* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).
Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.
Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat melainkan pada waktu Subuh. Waktu Subuh mempunyai dua azan di mana Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam untuk memberitahu Muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir. Azan kedua dikumandangkan ketika masuk waktu Subuh.
Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.

[sunting] Sunat Azan

Orang yang melaungkan azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis. Beliau juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Azan sunat dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. Azan hendaklah dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang daripada jemaah ketika sembahyang berjemaah. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di tempat yang tinggi. Penggunaan pembesar suara di merata tempat memaafkan perbuatan ini. Azan juga sunat dilakukan berdiri kecuali jika ada uzur.
Ketika muazzin membaca “hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum dinyaringkan.
Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara. muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.
Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.

[sunting] Doa selepas Azan

Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan:
اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة
Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan,
آت محمداً الوسيلة و الفضيلة
Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),
وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.
(Riwayat Imam Bukhari).

[sunting] Iqamat

Lafaz Iqamat mempunyai sebelas kalimah. Lafaz Iqamat adalah seperti berikut:
Myiqamat.jpg
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, الله اكبر الله اكبر āllahu ākbar, āllahu ākbar
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, اشهد ان لا اله الا الله āsh'hadu ān lā ilaha illā-llah
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah, اشهد ان محمد رسول الله āsh'hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah
Marilah menunaikan solat, حي على الصلاة hayyā `alā-s-salat
Marilah merebut kemenangan, حي على الفلاح hayyā `alā-l-falāh
Berdiri untuk sembahyang, (dua kali) قد قامت الصلاة qad qāma tis-salaat
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, الله اكبر الله اكبر āllahu ākbar, āllahu ākbar
Tiada tuhan selain Allah لا اله الا الله lā ilaha illā-llah.
Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamat hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.

[sunting] Teks Azan bagi Ahl Sunnah

Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
2x الله اكبر Allah u Akbar Allah Maha Besar
2x اشهد ان لا اله الا الله Ash-hadu allā ilāha illallāh Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2x اشهد ان محمدا رسول الله Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2x حي على الصلاة Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat
2x حي على الفلاح Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan
2x الصلاة خير من النوم Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm Solat itu lebih baik dari tidur*
2x الله اكبر Allāhu akbar Allah Maha Besar
1x لا اله الا الله Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah

[sunting] Teks Azan bagi Syiah

Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
4x الله اكبر Allah hu Akbar Allah Maha Besar
2x اشهد ان لا اله الا الله Ash-hadu anna lā ilāha illallāh Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2x اشهد ان محمدا رسول الله Ash-hadu anna Muhammadan rasūl allāh Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2x اشهد ان علي ولي الله Ash'hadu anna 'alīyun walī'ul-lāh Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali Allah
2x حي على الصلاة Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat
2x حي على الفلاح Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan
2x حي علی خير العمل Hayya 'alā Khair al-'amal Marilah merebut amalan yang baik
2x الله اكبر Allah u Akbar Allah Maha Besar
2x لا اله الا الله Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah
Menurut cendikiawan Syiah, "Ashhadu ana Alian waliullah" ("Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali Allah") bukanlah sebahagian dari azan asal yang diajar Nabi Muhammad tapi Syiah diharuskan untuk menyebut itu ketika azan.

[sunting] Azan Dan Iqamat Untuk Tujuan Selain Sembahyang

Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan Iqamat juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain: Azan juga sunat dibisikkan ke telinga kanan kanak-kanak (lelaki/perempuan)yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamatkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W. telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.
Azan juga digunakan sebagai isyarat untuk memaklumkan umat pada waktu mudarat ataupun bahaya seperti kebakaran ataupun waktu perang. Azan juga sering dilaungkan dalam keadaan gangguan dirasuk jin atau Syaitan.

[sunting] Azan Sebelum Subuh

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Bilal akan melaungkan azan di sebelah malam, maka makanlah dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum pula yang azan.'
lni bererti ketika 'Bilal melaungkan azan, harus bagi orang Islam bersahur, makan dan minum sehinggalah lbnu Ummi Maktum melaungkan azan menandakan masuk waktu sembahyang.
Dalam azan yang pertama disunatkan agar tidak menyebut الصلاة خير من النوم 'sembahyang itu lebih baik daripada tidur.' Ini adalah satu perbezaan yang penting yang dapat membezakan di antara azan yang pertama dan azan yang kedua. Azan dalam bentuk ini disyaratkan pada waktu fajar dan orang ramai akan kenal suara azan pertama dan suara yang lain pada azan kedua.

[sunting] Azan di Turki

Sewaktu zaman 1920-an dan 1930-an, kerajaan İsmet İnönü (Presiden ke-2 Republik Turki) mengenakan azan bahasa Turki untuk menggantikan secara adat yang dalam bahasa Arab; sebagai percubaan, dan hanya dari segi perbandingan, berjaya, menggalakkan bahasa Turki sebagai kegunaan bahasa liturgi; dengan mengejutkan orang ramai. Larangan azan bahasa Arab telah dimansuhkan pada Jun 6, 1950, selepas kejayaan pilihan raya berpihak kepada pembangkang.

[sunting] Azan di Syria (Masjid Umayyad)

Di Syria, Masjid Umaiyyad, sebuah Masjid yang terletak di kota Damsyik (Damascus) yang telah dibina sejak zaman pemerintahan Bani Umaiyyah. Masjid tersebut melaungkan Azan dalam bentuk laungan beramai-ramai ala koir. Alunan azan yang ditampilkan itu begitu indah sehingga dikatakan dapat mengharmonikan suasana kota sekeliling.

[sunting] Azan di Singapura

Di Singapura, laungan Azan hanya dibolehkan untuk dikumandang dalam masjid-masjid sahaja, kerajaan Singapura tidak membenarkan laungan azan dikumandangkan dengan kuat menerusi corong-corong pembesar suara di luar dari bangunan masjid.

Friday, June 24, 2011


Azan Subuh

Solat subuh adalah solat yang wajib dilakukan oleh setiap orang Islam yang mukallaf. Waktu solat subuh merupakan waktu yang amat berat bagi orang yang lemah iman untuk melakukannya. Hal ini demikian kerana untuk bangkit daripada tidur lena amat susah sekali.
Azan subuh menandakan masuknya waktu subuh. Waktu subuh akan berakhir apabila terbitnya fajar sidiq, iaitu apabila keluar warna kemerah-merahan di langit dan selepasnya matahari akan keluar. Hukum azan adalah sunat sebelum melakukan solat lima waktu.
Dalam azan subuh ada satu lafaz yang sunat diucapkan yang mana lafaz ini tidak disunatkan pada waktu selain subuh. Lafaznya ialah:
الصلاة خير من النوم
Ertinya: Solat itu lebih baik daripada tidur.
Menghadiri solat subuh berjamaah merupakan amalan yang amat besar ganjarannya. Orang yang menghadirinya bukan calang-calang orang. Di kalangan agamawan yang bergelar ustaz pun susah untuk menghadirkan diri solat subuh berjamaah walaupun mereka tahu tentang fadhilatnya.
Dalam Sahih Muslim tarcatat satu hadis nabi SAW yang berbunyi:
"من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل. ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما صلى الليل كله".
Maksudnya: Sesiapa yang solat Isya’ berjamaah maka seolah-olah ia solat separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjamaah maka solah-olah ia solat sepanjang malam.
Umar al Khattab RA lebih suka untuk solat subuh berjamaah daripada qiyamullail sepanjang malam tetapi tidak menghadiri solat subuh berjamaah.
Kata ulama jika kita mahu melihat sesebuah kampung itu hidup dengan amalan agama maka pergilah solat subuh di kampung berkenaan dan lihatlah berapa kerat ahli qaryahnya yang hadir berjamaah. Jika tidak sampai lima puluh peratus maka sesungguhnya kampung itu tidak ada suasana Islami.
Pahlawan Islam yang terkenal, Salahuddin Al Ayubi awal-awal lagi tidak akan memilih perajuritnya untuk betempur melawan musuh jika tidak qiyammullail, apatah lagi tidak solat subuh berjamaah.
Amat malang zaman sekarang apabila azan subuh berkumandang tapi manusia masih enak diulit mimpi. Ayuh kawan ayuh rakan! Bangunlah dan solatlah subuh di tempat azan diazankan. Janganlah kita jadi lebih bodoh daripada ayam jantan yang bertasbih memuji tuhan saat ketika kita masih lagi menikmati kencing syaitan!

1khalifah

Himpunan Personal Pencerahan, Bimbingan, Tarbiyah dan Dakwah Islami

Posts Tagged ‘azan

Kaifiat Azan dan iqamat

CARA AZAN DAN IQAMAH
Kitab Rahsia Sembahyang.
Haji Abdul Hadi Kamal 1972
Imam Masjid Jamek Sabak Bernam.
KELEBIHAN AZAN
Berhubung dengan soal azan ini ada beberapa banyak hadith-hadith Rasulullah saw yang menerangkan pahala dan kelebihan mereka yang menjadi tukang (muazzin), di antaranya baginda bersabda:
‘Siapa yang (azan) kerana sembahyang selama 7 tahun sambil mengharapkan pahalanya nescaya di tulis oleh Allah terlepas ianya daripada api neraka.’
sabdanya lagi:
‘Siapa yang (bang) selama 12 tahun di wajibkan baginya masuk syurga’.
Hadith yang lain ada menerangkan:
’3 orang yang di pelihara Allah daripada terkena azab kubur:
1. Orang yang mati syahid
2. Tukang Bang (azan)
3. Orang yang mati pada hari jumaat atau malamnya.’
Sabdanya lagi:
‘Siapa yang mendengar seruan bang (azan) maka mengkucup 2 ibu jarinya serta di letakkan ke atas 2 matanya sambil membaca doa:
‘Marhaban Ya zikrillahi Taala Qurratu Akyunina Bika Ya Rasulullah’
Maka aku akan mensyafaatkannya pada hari kiamat dan memimpinnya bawa ke syurga’.
AZAN
Sebelum daripada melakukan solat 5 waktu maka di sunatkan azan terlebih dahulu,
Adapun syaratnya:
1. Islam
2. Mumayyiz (cukup umur)
3. Lelaki
KAIFIAT AZAN
Cara azan:
ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (2 kali)
ASYHADU ALLAA ILAA HA ILLALLAH (2 kali)
ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULULLAH (2 kali)
HAYYA ALASSOLAH (2 kali)
HAYYA ALAL FALAKH (2 kali)
ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (2 kali)
LAA ILA HA ILLALLAH (1 kali)
maksud:
Allah Maha Besar
Aku mengaku bahawa tiada tuhan di sembah melainkan Allah
AKu mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah menunaikan solat
Marilah menuju kejayaan
Tetapi apabila azan waktu subuh mahulah di tambah selepas daripada lafaz ‘Hayya Alal Falakh’ tadi dengan lafaz ‘ASSOLAATU KHAIRU MINAN NAUM (2 kali)’ yang maksudnya ‘Solat itu lebih baik dariada tidur’.
Maka di sunatkan menjawab tiap-tiap mereka yang mendengar azan itu iaitu sebagaimana yang di ucapkan oleh Tok Bilal (tukang azan), melainkan pada lafaz ‘Hayya alas solah dan Hayya alal falakh’ mahulah dijawan dengan perkataan: ‘Laa Haw Lawala Quwwata Illa Billah’ yang maksudnya ‘Tiada kekuatan bagi kami (hendak menolak maksiat dan tiada hendak mengerjakan taat) melainkan dengan pertolongan Allah.’
Adapun pada lafaz ‘Allah akhbar’ dan ‘Laa ilaa ha illallah’ mahulah di jawab seperti yang demikian jua.
Hanya pada lafaz ‘Assolaatu khairu minan naum’ mahulah di jawab dengan lafaz: ‘Sodaqtu Wa Barartu’ yang maksudnya ‘Benarlah perkataan engkau dan kamu telah mendapat kebajikan’.
Adapun sembahyang yang lain daripada fardhu tiadalah di sunatkan (azan) apakala hendak mendirikan jemaah seperti sembahyang 2 Hari Raya, sembahyang gerhana bulan dan matahari, maka memadailah dengan berkata:
‘ASSOLATU JAMIATU RAHIMAKUMULLAH’.
Kalau hendak mengerjakan solat jenazah memadai di seru dengan lafaz:
‘ASSOLATU ALAL MAYYITIL HADIRI RAHIMAKUMULLAH’.
Bermula solat di atas mayat yang hadir ini memberi rahmat oleh Allah kepada kamu.
IQAMAT
Apabila sesudah selesai azan (bang) maka di sunatkan pula iqamat yaitu mahulah di ucapkan:
ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (1 kali)
ASYHADU ALLAA ILAA HA ILLALLAH (1 kali)
ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULULLAH (1 kali)
HAYYA ALASSOLAH (1 kali)
HAYYA ALAL FALAKH (1 kali)
QAD QA MATISSOLAH (2 kali)
ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR (1 kali)
LAA ILA HA ILLALLAH (1 kali)
Mahulah menjawab Iqamah seperti jawapan azan tadi hanya
Pada lafaz ‘Qad Qa Matissolah’ mahulah di jawab: ‘Aqa mahallahu wa ada maha maa daa matissamawatu wal ard wa ja ngalani minassolihi ahlihaa’ yang maksudnya ‘Allah yang mendirikannya dan mengekalkannya selama berkekalan 7 petala langit dan bumi serta di jadikan saya daripada golongan ahli solihin (orang yang baik-baik)’.
Apabila sudah selesai daripada azan atau iqamat mahulah di baca doa ini:
‘Allahumma robba hazihidda’wati tammati wassolatil qaa imah
Aati sayyidina Muhammadanil wasilati wal fadilata wassyarofa
Wad darojatal ngaliyatar rofi ngata wab ashul maqaamal mahmudallazi
Wa ad tahu innaka laa tukh liful mi aad’.
maksud:
Ya Allah tuhan yang mempunyai ini seruan yang sempurna, dan tuhan yang memiliki ini solat yang akan diidrikan, kurniakanlah kepada penghulu kami sayyidina muhammad akan satu perantaraan, kelebihan, kemuliaan dan pangkat yang maha tinggi, berikanlah satu martabat maqam yang terpuji yang mana kamu sudah janjikan, bahawasanya kamu (Allah) tiada menyalahi akan perjanjian.

 

Renungan Hati-Mengingat sang Khaliq 

TIGA PANGGILAN DARI ALLAH Swt

3 PANGGILAN:
Panggilan pertama adalah AZAN
Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat
terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia
tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas.
Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat-Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi
umat-Nya, baik umat-Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan menanya dan membalas umat-Nya ketika hari Kiamat nanti.
Panggilan yang ke-2 adalah panggilan UMRAH/HAJI
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ .. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punyai wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik AllahumaLabaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu.
Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.
Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy’ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?” Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari lima orang.”
Pertama, orang yang meninggalkan solat.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.”
wallahu’alam

AZAN SEBAGAI LAMBANG SYIAR ISLAM
Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.
Azan dari segi bahasa ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Ini dapat dilihat di dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)
Begitu juga firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”
(Surah al-Haj: 27)
Dari segi syara` pula, azan ialah suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
Azan disunatkan ketika hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha’. Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.
Al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma` menyatakan bahawa azan adalah suatu syariat di dalam Islam. Ini adalah kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang…”
(Surah al-Ma’idah: 58)
Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadith. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud:
“Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari segi sejarahnya, azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r.a. Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah. Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan.
Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat. Apabila bendera telah berkibar, orang yang melihatnya hendaklah memberitahunya kepada orang ramai. Ada juga yang mencadangkan supaya ditiup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi. Ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Terdapat juga usul supaya dinyalakan api di atas bukit. Orang yang melihat api tersebut hendaklah datang menghadiri solat berjemaah.
Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Nabi s.a.w. Kemudian, Umar bin al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul beliau ini telah diterima oleh Nabi s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Sementara itu, pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya: “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?”. Abdullah menjawab: “Kami akan memukulnya untuk memberitahu telah masuknya waktu solat kepada orang ramai”. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata: “Mahukah tuan saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu solat?”. Abdullah menjawab: “Itu baik sekali”. Lalu pembawa loceng itu berkata: “Kumandangkanlah Allahu Akbar… (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi s.a.w. bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar pula datang kepada Nabi s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.
Di sini jelas menunjukkan bahawa lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua orang sahabat tadi. Sandaran azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:
“Nabi s.a.w. pada malam isra’ telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
Menurut pendapat jumhur ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:
1. mu’azzin hendaklah tidak menerima upah apabila melaksanakan tugasnya.
2. mu’azzin harus suci daripada hadath kecil, hadath besar dan najis.
3. mu’azzin hendaklah menghadap qiblat ketika mengumandangkan azan.
4. ketika membaca “hayya `ala as-salah”, mu’azzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri.
5. mu’azzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya.
6. suara mu’azzin hendaklah nyaring.
7. mu’azzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan.
8. orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.
9. setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa: “Allahumma rabba hazihi ad-da`wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah wa al-fadhilah wab`athhu maqaman mahmudan allzi wa`adtah” yang bermaksud “wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari).
Selain itu, melakukan azan mempunyai beberapa kelebihan dan mendapat pahala yang besar. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Kalaulah orang ramai mengetahui pahala yang ada dalam azan dan pahala dalam barisan pertama sembahyang, kemudian mereka tidak ada jalan selain membuat undian untuk mendapatnya, nescaya mereka akan masuk undian itu.”
(Riwayat Muttafaq `Alayh)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang. Hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.”
(Riwayat Bukhari)
Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut:
“Tukang azan adalah orang yang paling panjang leher di Hari Akhirat.”
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)
Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih.”
(Surah Fussilat: 33)
`A’isyah berkata: “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan”. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:
“Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imiam-imam dan ampunilah tukang azan”.
(Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,
An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)
Amanah lebih tinggi daripada daman dan keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa. Menurut pendapat ulama’ Hanafi, iqamah dan menjadi imam adalah lebih baik daripada azan kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifahnya menjalankan tugas imam, tetapi mereka tidak menjalankan tugas menjadi tukang azan.
SUMBER RUJUKAN:
• Al-Qur’an Al-Karim dan terjemahannya.
• Al-Fiqh al-Manhaji Kitab Fiqh Mazhab Syafie, Jilid 1, Terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd., Karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji.
• Ensiklopedia Islam, Jilid 1, Cetakan Pertama 2004, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Susunan Drs. H.A. Hafizah Dasuki dll.
• Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jilid 1, Cetakan Pertama 2003, Terbitan Era Visi Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, Susunan Shafie Abdul Rahman dll.
• Fiqh & Perundangan Islam, Jilid 1, Cetakan Ketiga 1997, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Karangan Dr. Wahbah al-Zuhaili, Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain dll.


ADAB DAN MUKJIZAT AZAN
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma.. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ‘ sakaratul
maut’ .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ‘Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ‘
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya .Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah.
yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ‘Lailahaillallah. semasa sakaratul maut menghampiri kami… Amin… amin.. amin Yarobbala’lamin.
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..
MUKJIZAT AZAN
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akanmelaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.
‘Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa
antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan..Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan
waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.
Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!),
akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!

KEAJAIBAN AZAN
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan,
mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.
‘Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belum pun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
Tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan di laungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!







Feb 18, 2011


AZAN MEMPERKASAKAN UMMAH

PENDAHULUAN

Apabila kita mengembara, salah satu yang biasa “mengiringi” kita adalah azan.  Ia bermula daripada kita sendiri azan sebelum mengembara, atau apabila berhenti di sesuatu tempat, biasanya kita juga tertunggu-tunggu azan (yakni azan masuk waktu).  Namun nyaring atau tidak, kerap atau tidak, atau ada atau tidak suara azan itu bergantung kepada sesuatu tempat.  Jika berada di negara Islam, tentunya senang kita mendengar azan – dan ia semakin kurang kedengaran atau tidak kedengaran lagi jika kita berada di tempat yang jarang atau tiada penghuni Islam.  Namun yang pasti, jika wujud penduduk Islam maka akan kedengaran azan.  Yang pasti juga, rangkap azan dan bahasa azan adalah sama.  Yang mungkin berbeza ialah dialek dan alunannya.  Azan juga bukan sahaja tertumpu untuk menandakan masuk waktu solat, tetapi juga untuk tujuan lain.  Persoalannya: Kenapa azan dilakukan?  Apakah tujuan dan manfaat azan?  Apakah muslihat ammah azan disisi Islam?  Kearah mana dan halatuju azan ini akan digerakkan?  Pelbagai persoalan perlu di kemukakan bagi melihat niat baik azan itu sendiri.  Artikel ini akan membincangkan perkara-perkara berkenaannya daripada perspektif bona fide azan.  Bagi mencapai maksudnya, perbincangan dimulakan dengan melihat takrif azan, sejarah permulaan, ketertiban berkaitan azan dan kegunaan-kegunaan azan.  Kemudiannya perbincangan akan mengupas azan daripada perspektif peranan, manfaat dan halatujunya dalam memperkasakan ummah.

TAKRIF “AZAN”


Beberapa penulis dan cendiakawan Islam ada memberikan takrif “azan”.  Diantara mereka yang memberikan takrif bagi “azan” termasuklah Syeikh Muhamad Arsyad Al Banjari[1] dan Sayyidatul Imam Muhammad Ismai’l Al Kahlaniy[2], yang menyatakan:
Azan menurut pengertian bahasa adalah pemberitahuan (ilam), baik pemberitahuan masuknya waktu sembahyang atau lainnya.
Mereka mengambil surah At-Taubah:3 sebagai sokongan kepada takrif yang diberikan itu, iaitu:
                        “Dan inilah suatu pemberitahu daripada Allah dan Rasul-Nya
Amran Kasimin[3] menyatakan bahawa azan bererti pemberitahuan masuknya waktu sembahayang dengan lafaz tertentu yang disyariatkan.  Syeikh Abdullah Al-Malawiy[4] pula telah menyandarkan satu ayat Al-Qur’an iaitu Al-Jumuah: 9, dalam memberikan takrif azan, iaitu:
                        “Azan adalah pemberitahuan untuk menunaikan sembahyang,
                        menyeru dan memanggil manusia dengan kata-kata (lafaz)
                        tertentu, untuk menunaikan fardu dan kewajipan yang sudah
                        tiba masa mengerjakannya”.
Nampaknya fokus takrif bagi azan ini dihubungkaitkan dengan sembahyang – walaupun dalam perbincangan selepas ini didapati skopnya lebih luas daripada itu.  Takrifan yang dinyatakan di atas juga lebih disekutukan dengan sejarah permulaan kewujudan azan.

SEJARAH PERMULAAN KEWUJUDAN AZAN


Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Bugha dan Aliasy Syarbaji[5] yang berpegang kepada dalil Al-Quran surah Al-Jumuah: 9 dan sabda Rasulullah (s.a.w)(riwayat Al-Bukhari dan Muslim), menyatakan bahawa azan disyariatkan berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. 
Seterusnya, jika kita merujuk penulisan-penulisan oleh beberapa cendiakawan termasuklah Sayyidul Imam Muhammad Ismail Al-Kahlaniy[6], Mustafa Al-Khin, et. al.[7] dan Amran Kasimin[8], mereka merujuk kepada sebuah hadis yang agak panjang yang diriwayatkan oleh Ahmad Abu Daud (yang dinyatakan sohih oleh At Tarmidzi dan Ibnu Khuziamah) bagi membincangkan asal kewujudan syariat azan.  Ringkasan hadis ini, yang berlaku pada tahun pertama Hijrah, yang relevan dengan perbincangan di sini ialah seperti berikut:
Ketika Abdullah bin Zaid[9] sedang tidur, dia telah bermimpi bahawa seorang lelaki mengelilinginya dengan memegang loceng ditangannya.  Abdullah bertanya orang itu sama ada dia ingin menjual loceng itu.  Orang itu bertanya pula Abdulah apakah yang Abdullah akan lakukan dengan loceng tersebut. Abdullah menyatakan bahawa dia akan menggunakan loceng itu untuk memanggil orang berkumpul untuk sembahyang.  Namun orang berkenaan mencadangkan kepada Abdullah cara yang lebih baik untuk memanggil orang untuk bersembahyang. Dia  kemudiannya  mengajarkan  ungkapan-ungkapan  seperti ungkapan azan (seperti yang ada pada masa kini).  Setelah pagi, Abdullah menemui Rasulullah dan Baginda menyatakan, “Sesungguhnya mimpi itu, mimpi yang benar”, dan meminta Abdullah menemui Bilal dan mengajarkannya ungkapan-ungkapan azan tersebut.
Dikisahkan selanjutnya bahawa setelah Bilal mengalunkan azan, suaranya didengari oleh Syaidina Umar Al-Khattab yang sedang berada dirumahnya.  Umar berlari keluar dari rumah sambil berkata, “Demi Allah yang mengutuskan dengan kebenaran.  Sesungguhnya aku telah bermimpi seperti yang dimimpikan olehnya” (yakni oleh Abdullah).  Dengan itu, sekurang-kurangnya dua orang sahabat Rasulullah (s.a.w) yang mendapat ungkapan azan melalui mimpi. Asbabul wurud[10], kepada peristiwa ini adalah hasil rentetan pengemukaan pelbagai ide untuk memaklumkan umat Islam bahawa telah masuknya waktu sembahyang dan mengumpulkan mereka untuk mengerjakan sembahyang.   Keresahan mengenai perkara ini semakin ketara apabila bilangan umat Islam semakin ramai.  Sebuah hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Tarmizi ada menceritakan perkara ini, dimana diriwayatkan bahawa pada peringkat awal sembahnyang lima waktu disyariatkan, apabila tiba masuk waktu dan sembahyang berjemaah akan diadakan, ia terus diadakan tanpa terlebih dahulu azan (dan iqamah) (kerana ia belum diperkenalkan lagi).  Para umat Islam mula berbincang mencari cara bagaimana memaklumkan masuknya waktu sembahyang (dan seterusnya berkumpul mengerjakan sembahyang).  Ada diantara mereka mencadangkan membunyikan loceng (namun Rasulullah (s.a.w) tidak menyukainya kerana ia menyerupai praktis agama Nasrani (Kristian).  Ada pula yang mencadangkan digunakan shofar atau ceropong (tentuang atau trompet) daripada tanduk (Rasulullah (s.a.w.) juga tidak setuju kerana ia menyerupai praktis agama Yahudi).  Yang lain mencadangkan dinyalakan unggun api (namun sekali lagi Rasulullah (s.a.w) tidak bersetuju kerana ini menyerupai praktis agama Majusi).  Setelah itu orang-orang tadi pun bersurai[11].
            Selain daripada riwayat diatas, ada juga hadis riwayat Birazi[12] bahawa Rasulullah (s.a.w.) mendengar sendiri lafaz azan di malam Isra’ dan Mikraj apabila beliau tiba di langit ke tujuh[13].

TERTIB AZAN


Seperti dicatatkan oleh Imam As-Syafi’i[14] bahawa Ibrahim ibnu Muhamad telah menceritakan Abu Shaleh, dari ayahnya, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda, antara lain, bahawa para juru azan (muazzin) adalah orang-orang kepercayaan, dan Allah (s.w.t.) memberikan keampunan kepadanya.  Pernah juga Rasulullah (s.aw.)[15] bersabda,
Imam adalah orang yang menjamin, dan juru azan adalah orang yang dipercayai, ‘Ya Allah, berilah para imam petunjuk dan berilah ampunan bagi para juru azan’”.
Berasaskan betapa muazzin itu amat dihormati disisi Islam, yang berasaskan pelaksanaan azan yang disyariatkan itu, maka tentunya pelaksanaan azan (yakni mengungkapkan bagi tujuan pemakluman itu) ada mempunyai tertibnya.  Berasaskan beberapa hadis, beberapa ulama seperti Sayyidul Imam Muhammad Ismail Al-Khahlaniy[16], Maulana Ashraf Ali Thanu[17], dan T.M Hasbi Ash Shiddieqy[18] telah membuat rumusan mengenai tertib azan, iaitu seperti berikut:
Pertama, azan perlu diucap lafaznya mengikut bahasa asalnya[19] (yakni Bahasa Arab), dan tidak boleh sama sekali dalam terjemahan dalam bahasa lain – walaupun alunannya sama, ia masih tidak boleh dilakukan;
Kedua, muazzin (juru azan) mestilah bersih daripada najis dan lain-lain, dan tidak dalam berhadas, beragama Islam, bukan mumayyiz, dan waras akal fikirannya[20]; dan
Ketiga, ianya dikumandangkan (dilaungkan) ditempat tinggi, dengan cara bersiri (susunan ungkapannya) dan dengan suara yang yang lantang dan kuat[21].
Malah, menurut sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang orang-orang yang berada di dalam masjid keluar daripada masjid selepas azan (yakni sebelum tamat sembahyang), kecuali uzur.

 

KEGUNAAN DAN RELEVANNYA AZAN


Pentingnya azan dapat dilihat kepada manifestasinya berkaitan dengan kegunaannya.  Sebenarnya terdapat pelbagai kegunaan azan – yang akan dibincangkan selepas ini.
            Berasaskan asal mula dan tujuan awal kewujudannya, maka azan digunakan untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardu dan untuk menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul mengerjakannya[22]Banyak hadis dan surah Al-Qur’an yang secara jelas menyatakan hal ini.  Contohnya Surah Al-Jumuah, ayat 9, yang menyatakan bahawa apabila orang Islam diseru untuk mengerjakan sembahyang (yakni azan) pada hari Jumaat maka hendaklah bersegera mengingati Allah dan tinggalkan jual beli.  Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim pula menyatakan bahawa apabila tiba waktu sembahyang maka salah seorang daripada mereka yang hadir hendaklah melaungkan azan[23].  Begitu juga beberapa hadis lain yang telah dinyatakan sebelum ini adalah juga berkaitan diantara azan dengan sembahyang.
            Seterusnya, menurut satu hadis riwayat Ibnu Summi[24], bahawa Abu Rafi’ (r.a) berkata:
“Aku pernah menyaksikan Rasulullah (s.a.w.) mengazankan  telinga Hassan bin Ali ketika dilahirkan oleh Fatimah seperti azan untuk sembahyang”.
Dengan demikian, azan juga digunakan untuk menyambut kelahiran bayi[25].
            Selain daripada itu, menurut sebuah hadis riwayat Bukhari[26] bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda:
“Tiada suatu kota yang banyak di dalamnya orang azan, melainkan berkurang dinginnya (bencananya)”
Ini bermaksud, antara lain, azan digunakan untuk mengurangkan bencana yang mungkin menimpa sesuatu tempat itu.  Pada pandangan penulis, hadis ini juga boleh bermaksud bahawa di tempat banyak azan dilaungkan, yang bererti ramai orang Islam di situ, maka tempat itu dilindungi Allah (s.w.t).
            Azan juga digunakan untuk menghalau syaitan.  Ada beberapa hadis yang menyebut kegunaan ini.  Sebuah hadis  riwayatkan Abu Hurairah[27] ada menceritakan bahawa apabila azan dilaungkan maka syaitan merengkok dan lari[28] sambil membuat bising agar dia tidak mendengar azan, dan apabila azan tamat maka dia datang kembali.  Sebuah hadis riwayat Muslim ada menceritakan seperti berikut:
“Suhail bin Abi Sholih berkata, Aku pernah diutus ayahku
ke tempat Bani Harithh bersama seorang anakku, lalu di situ ada seseorang  yang memanggil-manggil  di sebalik dinding (dengan) menyebut namanya.  Namun apabila didekati, tiada orang  di situ.   Apabila  aku beritahu bapaku  hal itu,  maka bapaku berkata: Kalau engkau mendengar suara seperti itu, azanlah (seperti untuk solat) sebab aku pernah mendengar Abu Hurairah yang menceritakan dari Nabi, ia bersabda, ‘Sesungguhnya syaitan, apabila mendengar azan, ia pergi (lari)’”.
            Sebuah hadis riwayat Dailami dari Ali (r.a.) menyatakan bahawa disunatkan azan di telinga orang yang sangat cinta (merana cinta) kerana azan dapat menghilangkan rasa cinta yang seperti itu[29].
            Ulama Syeikh Muhamad Arsyad Al Banjari[30] juga merujuk kepada beberapa hadis lain[31] mengenai lain-lain kegunaan azan, misalnya, barang siapa yang jahat perbuatannya baik kepada manusia maupun haiwan, hendaklah di azankan di telinganya.  Dikatakan juga, disunatkan azan ditelinga orang murung dan orang yang sangat marah, dan juga disunatkan azan semasa kebakaran, semasa berperang (bertempur), dan semasa orang hendak musafir.
            Dengan demikian, adalah jelas azan amat luas kegunaannya – asalkan demi kebaikan manusia, makhluk lain, harta dan demi mempertahankan syariat Islam itu sendiri.

KEWUJUDAN, MANFAAT DAN MUSLIHAT AZAN – PERSPEKTIF MEMPERKASA UMMAH

Jika kita menganalisis sejarah, kandungan dan kegunaan azan, maka perkara utama dan pertama yang dapat dikaitkan ialah azan merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam menzahirkan syiar-syiar Islam[32], dalam beberapa perspektif  yang akan dikupas selepas ini.
Pertama, apabila dilihat  kepada ungkapan azan, ianya menyentuh aqidah[33] (seperti ungkapan mengucap dua kalimah syahadah di dalam ungkapan azan mengaku kebesaran Allah s.w.t., dan lain-lain).  Ia amat penting dalam menzahirkan syiar Islam[34].  Orang yang mengungkapkan azan (muazzin) dan yang mendengarnya (terutama yang menjawab azan) tentunya dalam majlis memartabatkan dan mengangkat akidah dirinya sendiri dan agama Islam.  Muslihat daripada perspektif akidah ini juga ada hubungkaitnya dengan perspektif-perspektif azan yang dibincangkan selepas ini – Ini kerana ianya saling berhubungkait dan saling menyokong.
Kedua, azan perlu dilihat sebagai instrumen paling efektif dalam mendisplinkan umat Islam (dalam hal menjaga waktu, menunaikan kewajipan sembahyang, dan kepentingan mematuhi masa dan kepentingan masa itu sendiri, sejajar dengan intipati Al-Qur’an surah Al-Asr).  Ini dapat dilihat daripada contoh-contoh berikut:
i)                    Apabila azan berkumandang umat Islam perlu segera mengingati Allah (s.w.t.) dan meninggalkan sementara aktiviti-aktiviti perniagaan – surah Al-Jumuah: 9.
ii)                   Malah sepatutnya umat Islam meletakannya sebagai perbuatan mengagungkan dan merealisaikan syariat Islam.  Ini sejajar dengan sebuah hadis riwayat Abu Hurairah dimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda,
“Andainya manusia mengetahui keutamaan dan syaf (barisan dalam sembahyang jemaah) pertama kemudian tidak ada jalan untuk mendapatkannya kecuali dengan undian, niscaya mereka akan melakukan undian”[35]
Hadis ini membawa maksud bahawa jika umat Islam mengetahui kelebihan atau kebaikan azan maka mereka akan berebut-rebut (sehingga terpaksa diundi) untuk menjadi muazzin.
            Dalam hal atau perkara yang sama, S.Abul A’la Maududi[36] ada mencatatkan seperti berikut (berkaitan azan):
“Lihatlah betapa tegas bersemangatnya panggilan ini. Bagaimana mungkin bagi seseorang  yang ada pegangan agama  dijiwanya yang  mendengar  testimoni  yang  agong  ini  (azan) dan betapa berkuasanya  panggilan  ini,  namun  masih duduk   dan   tidak memperdulikan dan tidak bergegas untuk menundukkan kepalanya kepada tuhannya (yakni sembahyang)?”
            Malah penulis Sheikh Muhamad Arsyad Al Banjari[37] mengatakan bahawa pemberitahuan azan ini adalah pemberitahuan daripada Allah (s.w.t.) dan Rasul-Nya kepada orang Islam, iaitu seperti dinyatakan di dalam surah At-Taubah: 3.
            Penekanan yang serupa, yakni azan sebagai elemen syiar Islam, ada juga  dibincangkan oleh T.M. Hasbi Ash Shiddieqy[38], dimana beliau mencatatkan,

“Azan itu adalah sebesar-besar syiar Islam, senyata-nyata

tanda Agama Islam terus menerus dikekalkan oleh Rasulullah”
Beliau seterusnya menambah[39] bahawa hikmat azan adalah untuk mengingatkan penduduk bahawa telah masuknya waktu upacara bermunajat kepada Allah.
Ketiga, azan juga adalah manifestasi kewujudan Islam.  Secara mudah, jika kita mendengar azan di mana-mana sekalipun, hatta di negara-negara atau tempat-tempat yang kita tidak mengetahui pada mulanya akan wujudnya orang Islam disitu, maka serta merta kita tahu bahawa di situ wujud umat Islam.  Jika kita panjangkan lagi mengenai hal ini, maka kita secara otomatis akan sedar bahawa umat Islam di situ masih menyokong kuat Rukun Islam Yang Kedua (yakni mendirikan sembahyang lima waktu)[40].
            Akhirnya, sebagai pelengkap perbincangan mengenai kewujudan, manfaat dan muslihat azan daripada perspektif memperkasa umat Islam, penulis perturunkan catatan yang dibuat oleh T.M. Hasbi Ash Shiddieqy, iaitu[41]:
“Azan itu adalah perkataan-perkataan yang mengumpulkan ‘kesimpulan iman’; baik yang masuk urusan akal, mahupun yang masuk urusan naqal yang terdapat dari penetapan Al- Quran dan As Sunnah.”
Ungkapan itu amat jelas, tepat dan mantap, dan tidak memerlukan huraian lanjut.

KESIMPULAN


Adalah jelas azan bukan ciptaan manusia.  Ianya adalah daripada kurniaan Allah (s.w.t.) yang disyariatkan melalui al-Quran dan Sunnah.  Jadi, sebagai umat Islam, kita perlulah menghormati dan meraikan azan, termasuk menghayati falsafah disebalik kewujudannya, terutama dalam memperkasakan umat Islam.
            Azan juga amat penting sebagai manifestasi kewujudan syariat Islam.  Lebih daripada itu, azan juga dilihat sebagai instrumen yang dapat menyatukan ummah (misalnya melalui sembahyang berjemaah dan saling menperingatkan waktu untuk bersama-sama sembahyang, dan lain-lain).  Jika dilunjurkan lagi perspektif azan ini, azan sebenarnya satu peringatan – yakni peringatan untuk berdisplin terhadap pentingnya masa.
            Dari sudut lain, azan turut menjadi peringatan (dan amaran) kepada bukan Islam bahawa Islam masih wujud dengan kukuh (jika azannya masih dapat berkumandang sewajarnya).
            Jadi, kepada kita umat Islam pula, kemana sahaja kita pergi, janganlah lupa dengan azan (mengazankan dan berhimpun di tempat azan dilaungkan) atau sekurang-kurangnya menyahut seruan azan itu sendiri.
            Persoalan yang mungkin menerjah benak kita, dalam hal azan memperkasakan ummah ialah: Tugas siapakah untuk mempastikan syariah Islam ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan?  Jawapannya : Setiap orang daripada kita! InsyaAllah.

RUJUKAN


Abullaits Assamarqandi. Tanbihul Ghafilin.  Diterjemah oleh H. Salim Bahreisy. 1985. Peringatan Bagi Yang Lupa.  Kuala Lumpur: Victory Agencie.
Amran Kasimin, “Azan Mesti Dilakukan Dengan Suara Kuat”.  Mingguan Malaysia 12 Oktober 2003. M.s.9
H. Sulaiman Rasjid. 1954. Fiqh Islam. Jakarta: Penerbit Attahiriyah
Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya bin Syarif An-Nawawi (Imam Nawawi). Al-Adzkar.  Terjemahan oleh Zaid Husein Alhamid. 1990. Kuala Lumpur: Alharamain Sdn. Bhd.
Khalid Shamsi. 2005. “Adhan: An Amazing Phenomenan” , melalui laman sesawang http:///www.Contactpakistan.com/news/news47.htm (Diakses pada 4 Jun 2005)
Maulana Ashraf Ali Thanu. Bashihti Zewar (Virtue to Earn Allah’s Pleasure). Terjemahan Bahasa Inggeris oleh Muhammad Masnor Khan Saroha. 1982. Lahore: Islamic Publication Ltd.
Mu’amat Hamidy. 1983. Doa dan Zikir Ibnu Taimiyah. Surabaya: PT Bina Ilmu
Musnad Syafi’i, Juz 1& 2.  Disusun asalnya oleh Syeikh Muhammad Abid As-Sindi.  Diterjemah oleh Baharun Abu Bakar. 1996. Musnad Syafi’i. Bandung: Penerbit Sina Baru Algensindo
Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Bugha dan Aliasy-Syarbaji. Fiqhul Manhaji ‘Ala Mazhabil Imam As-Syafie’.  Diterjemah oleh Ridzuan Hashim. 1998. Fiqhul Manhaji: Kitab Fikah Mazhab Syafie’. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Sahih Bukhari, Jilid 1, Buku 11, No. 583
Sayyidatul Imam Muhammad Ismail Al Kahlaniy.  Subutus Salam.  Diterjemah oleh Abu Bakar Muhamad (tahun tidak dinyatakan).  Surabaya: Al Ikhlas Press
S. Abul A’la Maududi. Fundamentals of Islam.  Islamic Publication Ltd. (tidak dicatatkan diterbitkan dimana dan tahun terbitannya).
Sheikh Muhamad Arsyad Al Banjori. Kitab Sabilal Mutadin 1.  Diterjemah oleh H.M. Asywadie Syukur 1985.  Surabaya: P.T Bina Ilmu.
Sunan Abu Daud.  Kitab Kedua No. 0507
Syeikh Abdullah Al-Malawiy.  Fadilatul Amal Fil Islam. Diterjemah oleh Walid Mohd Afif. 1996. Kuala Lumpur:  Pustaka Ilmi.
T.M. Hasbi Ash Shiddieqy. 1995. Tuntutan Solat Jumaah.  Batu Caves, Selangor: Thinker’s Library Sdn.  Bhd.


Nota hujung
[1] Sheikh Muhamad Arsyad Al Banjari. Kitab Sabilal Mutadin 1.  Diterjemah oleh H.M. Asywadie Syukur 1985.  Surabaya: P.T Bina Ilmu. M.s. 300.
[2]Sayyidatul Imam Muhammad Ismai’l Al Kahlaniy.  Subutus Salam.  Diterjemah oleh Abu Bakar Muhamad (tahun tidak dinyatakan).  Surabaya: Al Ikhlas Press. M.s. 346
[3] Amran Kasimin, “Azan Mesti Dilakukan Dengan Suara Kuat”.  Mingguan Malaysia, 12 Oktober 2003. M.s. 9.
[4] Syeikh Abdullah Al-Malawiy.  Fadilatul Amal Fil Islam. Diterjemah oleh Walid Mohd. Afif. 1996. Kuala Lumpur:  Pustaka Ilmi.  M.s. 38.
[5] Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Bugha dan Aliasy-Syarbaji. Fiqhul Manhaji ‘Ala Mazhabil Imam As-Syafie’.  Diterjemah oleh Ridzuan Hashim 1998. Fiqhul Manhaji: Kitab Fikah Mazhab Syafie’. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. M.s. 119.
[6] Op. cit. Nota kaki 2.  M.s. 347
[7] Op. cit. Nota kaki 5.
[8] Op. cit. Nota kaki 3.
[9] Nama penuhnya adalah Abu Huhammad, Abdullah bin Zaid Al Anshari Al Hajrari.
[10] Iaitu sebab musabab berlakuny perkara atau peristiwa tersebut.  Untuk cerita yang sama, lihat artikel Khalid Shamsi. 2005. “Adhan: An Amazing Phenomenan” http:///www. Contactpakistan.com/news/news47.htm (diakses pada 4 Jun 2005)
[11] Lihat juga Sunan Abu Daud.  Kitab Kedua No. 0507 (yang merujuk hadis riwayat Muaz Ibn Jabal.
[12] Lihat Sheikh Muhamad Arsyad Al Banjari. Op. cit. Nota kaki 1. M.s. 302
[13] Dimana diceritakan selanjutnya bahawa selepas azan tamat, Malaikat Jibrail menarik tangan Rasulullah (s.a.w) agar baginda mengimamkan sembahyang.
[14] Musnad Syafi’i, Juz 1& 2.  Disusun asalnya oleh Syeikh Muhammad Abid As-Sindi.  Diterjemah oleh Baharun Abu Bakar. 1996. Musnad Syafi’i. Bandung: Penerbit Sina Baru Algensindo. M.s. 118
[15] Hadis riwayat Sufyan dari Al-A’masy, dari Abu Shaleh, dari Abu Hurairah – lihat Musnad Syafi’i. Ibid.
[16] Op. cit. Nota kaki 2. M.s. 377
[17] Maulana Ashraf Ali Thanu. Bashihti Zewar (Virtue to Earn Allah’s Pleasure.) Terjemahan Bahasa Inggeris oleh Muhammad Masnor Khan Saroha. 1982. Lahore: Islamic Publication Ltd. M.s. 150.
[18] T.M. Hasbi Ash Shiddieqy. 1995. Tuntutan Solat Jumaah.  Batu Caves, Selangor: Thinker’s Library Sdn.  Bhd. M.s. 37
[19] Maulana Ashraf Ali Thanu. Op cit. Nota kaki 16. M.s. 150
[20] Ibid. M.s 150 dan 154. Lihat juga Sayyidul Imam Muhammad Ismail Al Kahlaniy. Op. cit Nota kaki 2. M.s. 337-378.  Beliau mengasaskan tulisan dalam hal ini kepada hadis Riwayat At Tarmizi dan Abu Hurairah (r.a) serta Az Zuhri. Orang buta sah azannya, dimana menurut riwayat, salah seorang daripadanya ialah Ibnu Um Maktum. (Hadis riwayat Bukhari dan Ibnu Umar dan Aisyah (r.a).  Lihat juga Mustofa Al-Khin, et.al. Op. cit. Nota kaki 5. M.s. 120-121 (Mereka meletakkan perkara-perkara ini sebagai “syarat-syarat sah azan”).
[21] Maulana Ashraf Ali Thanu.  Op.cit. Nota kaki 16. M.s. 154; Sayyidul Imam Muhamad Ismail Al Kahlaniy. Op.cit. Nota Kaki 2. M.s. 350; Mustofa Al-Khin, et. al. Op. cit. Nota kaki 5. M.s. 121. Ia berasaskan, antara lain, satu hadis riwayat Al Bukhari yang meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) telah berkata kepada Abi Said  Al-Khudri (r.a) bahawa Rasulullah menasihatkan melaungkan azan (untuk sembahyang dengan laungan yang kuat (kerana di padang pasir yang luas supaya dapat didengari dari jauh oleh jin, manusia dan segala makhluk yang menjadi saksinya diakhirat) – Sahih Bukhari Jilid 1 Buku 11 No. 583 (http://www.usc.edu/dept./msa/fundamentals/hadithsunnah/bukhari. (diakses pada 4 Jun 2005)
[22] Lihat Mustofa Al-Khin, et.al. Op.cit. Nota kaki 5. M.s. 119; Sayyidatul Imam Muhammad Ismail Al-Kahlaniy. Op. cit. Nota kaki 2. M.s. 346
[23] Hadis yang serupa ada diriwayatkan oleh As Sab’ah dari Malik bin Al Huwairis
[24] Hadis yang sama, ada juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan At-Tarmizi.
[25] Yakni bayi lelaki diazankan, dan bayi perempuan diiqamatkan.
[26] Abullaits Assamarqandi. Tanbihul Ghafilin.  Diterjemah oleh H.Salim Bahreisy. 1985. Peringatan Bagi Yang Lupa.  Kuala Lumpur: Victory Agencie. M.s. 415
[27] Sahih Bukhari Jilid 1, Buku 11, No. 582.
[28] Ada diceritakan juga bahawa syaitan itu lari lintang pukang hingga ke satu tempat bernama Ar-Rauha (sekitar 60 kilometer dari Kota Madinah) semasa azan dilaungkan di Madinah – lihat Amran Kasimin. Op. cit. Nota kaki 3. Sumber lain menceritakan bahawa syaitan lari sambil terkentut sehingga tidak mendengar azan (hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, diceritakan oleh Abu Hurairah) – Rujuk Mu’amat Hamidy. 1983. Doa dan Zikir Ibnu Taimiyah. Surabaya: PT Bina Ilmu. M.s. 104.
[29] Lihat Syeikh Muhamad Arsyad Al Banjari. Op.cit. Nota kaki 1. M.s. 302.
[30] Ibid.
[31] Namun sumber tidak dinyatakan.
[32] Lihat Mustofa Al-Khin, et. al. Op.cit.Nota kaki 5. M.s. 119.
[33] Perbincangan mengenai hubungkait aqidah dengan azan, ada juga dibuat oleh H. Sulaiman Rasjid. 1954. Fiqh Islam. Jakarta: Penerbit Attahiriyah. M.s. 64
[34] Mustofa Al-Khin, et. al. Op. cit. Nota kaki 5. M.s. 119.
[35] Lihat Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya bin Syarif An-Nawawi (Imam Nawawi. Al-Adzkar.  Terjemahan oleh Zaid Husein Alhamid. 1990. Kuala Lumpur: Alharamain Sdn. Bhd. M.s. 96.
[36] S. Abul A’la Maududi. Faundamentals of Islam.  Islamic Publication Ltd. (tidak dicatatkan diterbitkan dimana dan tahun terbitannya). M.s  110.
[37] Op. cit Nota kaki 1. M.s. 110.
[38]T.M. Hasbi Ash Shiddieqy. 1995.  Tuntutan Solat Jumaah.  Batu Caves, Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd. M.s. 20.
[39] Ibid. M.s. 26
[40] Rujuk Al-Qur’an, Surah An-Nisa:103, dan hadis (sepakat para ahli hadis) yang bermaksud, “Telah difardukan Allah atas umatkan pada malam Isra’ lima puluh sembahyang, maka sentiasa saya kembali ke hadrat Ilahi, dan saya minta keringanan sehingga dijadikan Allah lima puluh itu menjadi lima  sembahyang sahaja sehari semalam”


 AZAN TARANNUM RAST DR MUHAMMAD LUKMAN AL-HAFIZ BIN IBRAHIM 

 Azan Maqam Sikah

 Azan Maqam Nahawand 

 

Azan Maqam Rast 

 

Azan Maqam Bayati 

 

Azan Maqam Jaharqah 

 

Azan Masjid Besi(lLagu JiharkahClassic)-Us.Azmuddin Ariffin 


MasyaAllah...Merdunya Azan 

 

Adzan subuh indonesia the best 

 

ADZAN - K.H. MUAMMAR. ZA - BY_CHERBONDالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

 

Subhanallah!!! Meninggal dunia saat sujud di Masjid Nabawi 

 

SUBHANALLOH "KISAH NYATA" 

MAYAT BERJALAN 

ALLAHHU AKBAR mayat hidup 

 

Gambaran Hari Kiamat..!! jangan lewati vidio ini..!!.mp4 

 

video azan mekah.. Tidak selalu kita lihat 

tarannum rawi berzanji aljannah 

BERZANJI_RAWI SATU DAN DUA 

 

Berzanji Rawi 4 

 
Bila Laungan Azan Bergema Di Gereja...

Bila Laungan Azan Bergema Di Gereja…

    February 1, 2012
72 Comments


1221

20

0
Pernahkah anda terfikir bahawa laungan azan akan berkumandang di dalam gereja?
Sewaktu menonton video yang bertajuk, ‘Unity Humanity For Peace’ di YouTube, penulis agak tertarik dengan ucapan seorang paderi yang berada di dalam sebuah gereja yang mengajak manusia untuk sentiasa mengekalkan keamanan di dunia dan mengharapkan rahmat dari Tuhan dalam setiap agama.
Lebih mengharukan, setelah selesai memberikan ucapan pembukaannya, laungan azan berkumandang di dalam gereja itu!
Malah, laungan azan yang merdu itu turut disertakan dengan maknanya sekali dalam klip berkenaan.
Azan itu dilaungkan oleh seorang pemuda beragama Islam, Ben Youcef yang juga seorang pelakon dan model.
Dia banyak terlibat dalam kegiatan dakwah.
Ketika azan dilaungkan oleh Ben Youcef, semua yang berada di dalam gereja itu tunduk dan duduk diam tanda hormat terhadap laungan azan yang menandakan kebesaran dan kesucian agama Islam.
Ia dirakamkan sewaktu berlangsungnya dialog antara agama yang dihadiri puak Yahudi, penganut Kristian dan juga penganut Islam di sebuah gereja dekat Universiti Southern California tahun lalu.
Menyingkap kisah hidup Ben Youcef, pemuda ini dilahirkan di Algeria dan telah melanjutkan pelajarannya ke London dengan mengambil jurusan pengurusan perniagaan serta mendalami ilmu teater.
Semenjak itu, Ben Youcef telah berkecimpung dalam dunia model selama hampir dua tahun dan banyak terlibat dalam dunia pengiklanan di New York.
Memetik kata-katanya di laman peribadi rasmi miliknya, www.benyoucef.com, objektifnya menjadi seorang pelakon adalah untuk membawa pemahaman yang baru iaitu budaya Timur Tengah ke seluruh dunia.
Dengan rasa rendah diri, Ben Youcef mengakui masih mengekalkan cara hidup yang sederhana supaya semua manusia dapat melihat keikhlasan dan kejujuran dalam memperjuangkan seni Islam yang dibawa olehnya


Ben Youcef
SAG
Welcome to the website for actor Ben Youcef.
"I was born in Algiers on The Mediterranean Coast into a family of 7 children. Fighting for attention among my brothers and sisters was probably where my acting career really began. Throughout my life I've been exposed to many cultures. My father was an Algerian diplomat stationed in Saudi Arabia for much of my childhood. I moved to London for University where I studied Business with a minor in Theatre. Before moving to Los Angeles I spent two years modeling for leading magazines and advertisers in NYC.

My objective as an actor is to bring a new understanding of the Middle Eastern culture to the rest of the world. My life integrates the Islamic spirit with modern energy. I still retain an almost naive way of seeing the world that comes from a truthful place of a kid that was me."

- Ben Youcef
Below is an excerpt from a review of the NBC series episode "Law & Order: Great Satan" guest staring Ben Youcef. Ben Youcef delivered probably one of the best guest appearances of the year, if not the best. Characters like this only get less than an hour to develop before our eyes, but Sameer Ahmed really got the chance to shine and grow from an immigrant caught up in a world of crime to doing the right thing. Perhaps it was his voice that provided a sympathetic twinge for his character, but you really felt sorry for this guy in the end.

...we hope to see Ben Youcef in other films and shows.

- Blog Critics (Author: Matthew T. Sussman)
Below is a quote from The Jewish Journal about Ben Youcef leading the prayers before 1500 Jews, Muslims and Christians at the Southern California Islamic Center. Several Jews migrated over to the prayer room and lined up as the prayer leader led the worship. It was the full-on experience -- standing, kneeling, bowing -- just what you see on the evening news but with, yes, some Jews and Christians sprinkled in. I mentioned to a woman standing nearby that the young man leading the prayers, Abdelwahab Ben Youcef, was almost unnaturally handsome.

"Oh, he's an actor," she said. "He played one of the Palestinian terrorists in 'Munich.'"
- Jewish Journal
Below is a quote from Theolog.org "The Blog of The Christian Century" about Ben Youcef calling to worship. A moving blend of voices issued the call to worship and intoned the benediction at the prayer service. In overlapping sequences, Episcopal priest Ian Elliott Davies sang an Anglican chant. He was joined by Jewish cantor Mark Saltzman and then Muslim muezzin Abdelwahab Benyoucef, who intoned prayers in Hebrew and Arabic. Liturgist Gwynne Guibord, who heads interfaith relations for the Episcopal Diocese of Los Angeles, said the singers were to be true to their tradition without concern for musical harmony. But the softly mixing tones spoke volumes about a harmony of purpose. 

Azan Subuh Di Masjidil Haram 

 

Adzan subuh di Indonesia  

 

BEST 4 ADHAN (JUST LISTEN) 

Beautiful adhan i never heard before like this 

 

If you Hear this Adhan you will cry